Thursday, 14 July 2011

DEBU-DEBU DOASA (HIJJAZ)

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Friday, 24 June 2011

KEBERKATAN HIDUP DAN SYURGA DUNIA

 Huh tajuk cam gempak jek..tapi itula realiti dalam kehidupan dunia yang serba serbi memerlukan usaha yang kuat kekadang tidak setimpal dengan apa yang kita dapat..
 Cuba pk..zaman sekarang zaman kebanyakkan orang mengejar duit untuk kesenangan hidup..sanggup berbuat apa saja demi duit.. ada yang ikut jalan yang baik ada juga yang buruk.Dalam mengejar kemewahan hidup kita kekadang kita hampir lupa 1 perkara..segala kesenangan dan kemewahan, kesusahan dan kemiskinan semuanya datang daripada Allah..Allah yang tentukan segalanya..
 Allah menjanjikan kesenangan dan kemewahan hidup di SANA lebih baik daripada kehidupan dunia..tapi kenapa yek masih ramai yang sibuk mengejar kemewahan dunia hingga lupa tanggungjawap dan tujuan sebenar kita berada di muka bumi ni..ada yang berani meninggallkan solat semata2 urusan dunia..berani menipu, melacur, mencuri merompak..segala macam bentuk beranilaa dek kerana terikut-ikut perangai syaitan tu..siapa kamu berani buat kerja2 macamni..Huh besar sungguh kuasa kamu yek..Last2 kene tanam juga..makan dek cacing..Harta... tu haa orang hidup lepas kamu mati yang seronok.kamu pula dok menahan kene azab...PADAN MUKA..
 Sebenarnyakan bila kita dok rasa tak cukup duit jek memanjang atau merasa tak seronok dengan apa yang kita ada itu maknanya dalam hidup kita ni TAK ADA KEBERKATAN..yelaa cara nak dapat duit pun tak betul macamana Allah nak berkati hidup kita..kita kene ingat kita cari rezeki nak bagi makan keluarga kita.jadi darah daging kita..bawa pula ke akhirat..
 aku ada lagi nak tulis..panjang sangat nantilaa sambung...bye...



Sunday, 19 June 2011

SUSU IBU BERKURANGAN

 Hari ni aku sedih sangat aku tak dapat bekalkan langsung susu SI untuk Nafiesah. mesti dia takmo minum susu masa aku p keje hari ni.Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati aku ...tadi aku jumpa 1 FB ni dia boleh dapat hampir 1 jug untuk sebelah B sahaja..memang aku terkejut tengok..kagum sangat2..macammana dia dapat hasilkan susu sebanyak itu untuk sekali pum dan untuk sebelah B sahaja..
 Apa yang buat aku sedih bukan sebab susu formula tu tak elok..tapi sebab anak aku tak mo minum susu tu..dahlaa kecik lagi..aku ingatkan masalah aku hari tu dah selesai..rupa2nya kejap jek dia nak..selang beberapa hari dah tak mo. Bukan aku tak berusaha macam2 susu formula aku bagi macamtu jugak..Selalunya masa aku keje bila dia nak menyusu dia akan ke peti ais tunjuk warmer kat atas peti..sambil cakap kat Wan nak nenen..tapi bila dia nampak wan bancuh susu..berlari dia keluar kat atuk..tetiba cakap.. wan dik nyang...anak nenen (tak nak nenen sebab dah kenyang). Bila aku balik keje macam budak kelaparan..aku tak sempat masuk umah minta nenen.lambat je sikit mengamukle dia..hati ibu mana tak sedih kekadang terpk nak berenti keje..tapi buat masa ni aku kene tolong lakiku mencari rezeki...
 Masa cuti sabtu ahad aku susah nak pum susu sebab nafiesah selang 2 jam nak menyusu..mana sempat aku nak kumpul stok..nak pum sebelah masa menyusu macam kesian pula takut dia tak cukup...nampaknya aku kene pk kan cara lain untuk tambahkan susu aku...

Wednesday, 15 June 2011

RESEPI UNTUK ANAK

 Disebabkan aku jenis yang selalu kesuntukan masa di pagi hari..aku selalu memikirkan cara nak memasak sesambil menjimatkan masa..resepi ni adalah salah satunya iaitu sup ayam dan bihun sup..itu menu untuk makan petang dan tengahhari..menu pagi aku buat jemput-jemput kentang je..


Menu pagi:

Bahan2:

2 biji  Kentang potong kecik2
Udang
sayur campur @ jagung
santan (kalau ada)
garam
cili giling
bawang merah dan putih
air panas sikit

Cara2:

Masukkan semua bahan dan goreng..senang jek



Menu tengahhari dan petang

Bahan2:

Ayam
serai
kentang
daun sup
asam keping
halia
bawang merah
bawang putih
sup bunjut
Air secukup

Cara2:

Masukkan semuanya..sampai ayam empuk dan rasa sebati..boleh juga tumis dulu bawang ngan halia..tapi sebab cara tu tak berapa sihat untuk kanak-kanak..

Sup makan dengan nasi untuk tengah hari
Sup makan dengan bihun (celur siap2) untuk makan petang
malam minum vico cicah biskut kering..jadilaa tu

Jimat masa

CLOTH DIAPERS (LAMPIN KAIN MODEN)

   Sebenarnya aku jual cloth diapers..sesapa nak bli leh calling2 aku..aku bagi harga baik punya...nak di jadikan cerita asal usul kenapa aku leh terjumpa dan terpk nak pakaikan anak aku dengan benda ni..dalam otak aku cuma reti macammana nak berjimat.yelaa aku ngan lakiku bukannye jenis poket tebal..tapi takle nipis sangat..kik2.lagipun aku tengok ramai sangat orang mengeluh pampers mahal..bila ada sale jek bende2 ni mak aiiiii 1 troli penuh ngan pampers jek..so masa mengandung aku pun search ternet ingatkan sekali sekala pakaikan lampin ngan getah kat luar tuuuu masa cuti sabtu ahad.bolehle aku membasuh sendiri.aku pun search lampin kain cari yang murah2 last2 keluarlaa benda2 ni..memang menarik berwarna warni cantik..tapi masa tu tahun 2009 cloth diaper mahal sangat..1 keping nak cecah RM50.00 berbulan2 aku mencari yang paling murah..kalau bli sekeping mahal jadi aku kene beli borong..kalau borong banyak sangatlaa pula..jadi aku terpk untuk jual kat kengkawan opis dan sedara mara..huhu laku..best2..sebab masa ni tak ramai tahu guna...
  Dah hampir 2 tahun aku pakaikan pada Nafiesah..memang jimat sangat jimat..Nafiesah ada 17 keping pelbagai jenama selang 2 hari aku basuh..nak guna benda ni kene rajin dan jangan merungut..sebab yelaa kene ngadap bau hancing kencing anak..bau najis anak..huhu..bab najis anak kat cloth diapers aku gilir2 basuh ngan laki ku..tapi bagusnya bila kita tengok najis dia gelap pastu ada makanan tak terhadam semacam tu maknanya adalaa makanan yang tak sesuai dia makan minggu tu..jadi aku tak akan bagi lagi..tapi pempahamlaa kita duduk kat donia ni bukan sensorang..
  Ok dalam bab jimat cermat ni..memang permulaan membeli cloth diapers agak menyakitkan..tapi hasilnya memang memuaskan..setakat ni cuma 2 je cloth diapers nafiesah rosak tu pun sebab aku tak reti jaga awal2 dulu...so aku buget nafiesah pakai sampai 2 tahun lebih2 sikit jek sebab aku nak start ajar dia kencing kat bilik air dan pakai seluar je..jadi cloth diapers tu bolehlee aku pakaikan untuk adik nafiesah dan seterusnya..jadi aku jimat banyakkkk sesambil menjaga alam sekitar...kalau ada pun pakai yang pakai buang tu sebab aku dapat free sample..sekarang aku dan adik2 aku yang dua orang tu semuanya guna cloth diapers..Kengkawan yang belum pernah guna..bila lagi????
 Dari segi kualiti cloth diapers mana-mana jenama bagi aku semua sama je..apa yang perlu pandai jaga pandai guna.sebenarnya yang paling penting insert kat dalam tu.sebab fungsinya menyerap air kencing...paling aku suka daripada bamboo..hemp pun ok juga..dan aku paling tak suka pakai CD velcro sebab yang tempat lekat dia tak tahan lama..



Sunday, 12 June 2011

SUSU IBU DAN SUSU FORMULA

 Genap umur Nafiesah 1 tahun 10 bulan..susu aku makin kurang..aku dah cuba segala bagai petua makan segala bentuk makanan penambah susu..beratus2laa juga aku membeli ubat penambah susu tak juga berkesan..kekerapan mengepam pun aku tambah sekerapnye.semua sama je..mungkin takat ni je rezeki anakku..Hanya Allah yang Maha mengetahui sedihnya hati aku..bayangkan sebotol je aku dapat bekalkan sehari.Takpalaa aku redha..mungkin ada hikmah sebaliknya..sekurang2nya aku berjaya susukan Nafiesah sehingga 1 tahun 10 bulan..kalau ikut kelendar islam dah 1 tahun 11 bulan..jadi hampir2laa tu 2 tahun...kekadang terpk andaikata aku mengandung sekali lagi..lepas bersalin aku nak keje sendiri..perniagaan online sepenuh masa..doakanlaa ye kengkawan..tak yah daa aku pk nak menambah susu camni dah..aku kagum betul sapa yang  bekerja dan dapat menyusukan anak bertahun2 lamanya..
  Puas aku search ternet tengok susu formula yang sesuai untuk anak aku...Lakiku pula banyak songehnye letak banyak pula syarat susu takmo jenama nestle.takmo halal yang tulis jawi tu Ha Lam Aliff tu..atau halal dari mana2laa selain halal JAKIM..tengok sapa pengeluarnya..buat kat mana bla2..memandangkan anak aku ni payah minum susu..mungkin susu tak sedap kalau yang biasa takde perasa..jadi aku kene cari susu yang manis..tapi tak le gula banyak..macammana tu..hish pening..susu perasa coklat..takut pula anakku terlebih lemak n hiper aktif dahlaa badan semangat.memang dia suka susu coklat..kalau perasa lain tolak tepi...last2 aku jumpa 1 produk orang bumiputra yang buat..ada kurma + kismis + badam + terapi Al-quran.cara penyediaan yang bersih makna kata semua cukuplaa ikut cara islam cuma susu tu jek asal dari New Zaealand (alasannya Malaysia tak banyak pembekal susu) tapi tulaakan yang aku herannye bila produk made in malaysia dan ada kelebihan ckit..mestilaa regenye bisa mengempiskan poket lakiku..kik2..anakku suka minum yang ni..walaupun takdelaa sampai 3 botol sehari tapi oklaa dari susu2 yang lain yang minum tak sampai setengah botol..kalau nak perasa coklat aku tambah VICO.tapi setakat ni belum lagilaa aku wat keje ni menambah VICO dalam susu..milo takle laki aku marah sebab apa sebab dia produk nestle dan dia dengar macam2 citer pasal MILO jadi dia takmo bagi..hu2..kekadang logik gak cuba korang pk berapa banyak produk minuman berasakan koko rasanya sama jek..tapi apasal MILO lain padahal tengok pada ingredient lebih kurang jek..cer pk cer pk..
  Tapi disebabkan harga susu ni boleh tahan tak mampulaa aku kalau dah berkotak2 sebulan...wat masa sekarang ni oklaa lagi aku bekalkan susu SI  sebotol selebihnya susu formula bila aku balik keje aku bagi SI kat anakaku..takdelaa rasa lagi kemahalannya tu..last2 aku jumpa susu lain sama je kaedah yang  kat atas tu cuma takde terapi Al-quran..murah seganda kau...Memandangkan susu ni takde terapi Al-quran..takpa kita ada cara lain...kita buat sendiri terapi al-quran tu.betul tak???.sediakan air dan bacala Al-Quran surah2 yang berkenaan je takyahlaa sampai katam 1 Al-Quran..pastikan bacaan betul ye kengkawan..pastu air tu masa bancuh susu..letakkanlaa sikit..apa yang penting Allah tahu niat kita memberi yang terbaik untuk anak demi menjadikan dia Khalifah Allah yang berguna dunia dan akhirat..Aminnn

BAHASA DAN PERANGAI ANAK-ANAK

 Seronok rasanya bila anak dah mula pandai nak berkata2..tetapi kekadang kita nak memahamnye cukup punya susah..anak daraku yang sorang ni pun kalau bercakap suka ambik yang ujung2..kekadang tak paham aku apalaa minah kecik ni cakap...ish2 pening kepala..



KES PERTAMA:


 Hari ahad lepas pukul 4 pagi..nafiesah tetiba bangun..mula-mula elok je kejut aku..

 Nafiesah: Mi do wa (sambil tarik tangan aku)

 Aku: do wa mana ada..jom tido..meh nenen...

 Nafiesah: anakkkkkk (translate: tak nak) mi dowa..dowa.. (ni dah start lagu rock sakit telinga bila dengar dia melalak)..

Aku: mana ada dowa..tak de sapa pun kat sana..jom tido apa ni wat perangai pepagi..umi ngantuklaa..(aku kejut lakiku)..Bi apa dia nak ni..dowa..dowa

Abi: Oooo..tu tido luar..(laki aku dengan takde perasaan terus sambung tido..sabo jelaa)

huhu.apasal otak aku takle pk ayat tu.aku bawa pi tido luar..elok2 jek dia tido..selang 1/2 jam ngigau tepuk tangan..hish anak aku ni macam2 perangai..




KES KEDUA:

Tengah aku dok sibuk mengadap Laptop..Minah kecik sibuk memain ngan abi dia..tetiba dia datang

Nafiesah: Mi..nak ngok (ngok tu...tengok ye kengkawan)

Aku : Jap..umi nak wat keje ni

Nafiesah: Mi..nak ngok...(aku wat tak tahu jek) Miiii...dik nyelaa

Aku: Bukan ni umi punya...

Nafiesah: Miiiiiiiiiii...dik nyeeeeeee

sambil tarik laptop dan ini hasilnye..




huh sampai sudah aku takle guna...



KES KETIGA

Masa wan nafiesah bagi nenen botol tetiba Nafiesah bangun..

Nafiesah: Man..oooo Man..(keluar masuk umah..dapur..bawah kerusi..bilik)

Wan: Adik cari apa...

Nafiesah: Mannnnn...Wan ane man...

Wan: bende apa tu..

Nafiesah: Mannnnn...Man ooo man...aaaa (sambil gelak)

korang tau apa bende man tu.patung spiderman sepupu dia bagi pinjam main,,,sabo jelaa

Wan: Oooo tu spiderman..adik nak buat apa ngan man tu..

korang nak tau dia wat apa..angkat baju baring mengiring..bleh plak bagi patung tu nenen..sabo jelaa..agaknye sebab tulaa dalam islam kalau boleh susukan anak sampai 2 tahun..kalau tak camnilaa gayanye..

Tuesday, 24 May 2011

HUH..REMPITTTT

 Hari ni masuk hari ke lima aku merempit sensorang pegi balik opis..selama ni aku takde perasaan nak melihat perangai manusia yang bawa moto ni sebab lakiku je yang bawa aku..lima hari ni je dia bz..ada kete buat monumen jek depan umah sebab kalau naik keta aku pulak yang tensen nak balik umah cepat2 tak dapat sebab jem..anak kat umah dah gelisah nak menyusu..hish daripada aku histeria dalam kete baik aku rempit jeklaaa...
 Nak dijadikan cite..pepagikan orang nak g keje..nak cepat..aku hangin betul kalau moto bukan main hebat ditambah hiasan helmet nampak ganaslaa konon kalau naga tengok pun takut tapi bawa cam kayuh beskal..wat malu moto jek..hampeh..dahlaa bawa macam makan angin kat taman..kalau orang tua ke pompuan ke aku tak kisahlaakan..ini muda belia..jantan pula tu..mesti dalam hati ada tamanlaa tu..
 Semalam aku balik opis..tengah-tengah jalan aku bunyi moto besar beb mendauuuuum gitu kat belakang aku..aku tengok cermin moto aik takde pon..aku betulkan cermin banyak kali..apasal aku tak nampak moto besar..dah jadi satu hal aku takut nak mengerakkan moto aku ke kiri atau ke kanan..kang dia bawa laju kebetulan aku nak ke kiri dia pun nak ke kiri mesti berlanggarnye...aku perlahanlaa ckit moto dan bagi laluan soh dia jalan dulu..korang nak tahu aper aku nampak..moto choet..harap bunyi jek besar..tuannye cam lidi kelapa...hangin aku..moto cenggitu janganlaa dok berangan eksos besar sangat..kesian kat moto..
  Sepanjang aku merempit nilaa dah 3 kali aku tengok orang kemalangan..hish2..kekadang kat tempat yang tak sepatutnya ada kemalangan..aku nak marah betul kalu orang yang bawa kete tak bagi signal..moto tengah laju..tetiba dia nak masuk line lain..moto tak tahu terus terlanggarlaaa..kesian mat2 moto ni..orang yang tak pernah naik moto tak akan tahu perasaan orang yang bawa moto..yang diorang tahu nak menyumpah jek..cuba pk ckit ader banyak ker laluan untuk moto..kalaulaa ada mesti kete juga yang tercongok guna laluan tu..kekadang lorong moto ni bukannye leh guna..tengok masa ujan.huh banjir....orang naik kete sedap mulut jek mengata orang naik moto..memang kekadang diorang pun ader salah tapi kebanyakkan aku tengok orang naik kete ni cam tak reti peraturan...nak nak kete memahal tu..berlagak tak habis..banyak kali gaklaa aku kene ngan kete camni pepagi bawa kete pakai spek itam berlagak nak ke tepi tak bagi signal kalau kita lalu kat tepi boleh pak dijimpitnye kite...hampeh dan sungguh kurang ajau..sebab tu agaknya kekadang aku tengok mat2 moto pi ludah cermin kete orang paling kuat pun g tendang pintu keta..
 Satu lagi aku tak suka kat atas jalan raya ni orang yang baran dan tak pakai otak..Contohlaakan ada kemalangan antara diorang ni..kemalangan cikit jek apa salahnya bawalaa kenderaan tu ke tepi ni tak dok tengah2 jalan..memaki hamun orang yang langgar dia..jalan dah start jem semata2 sebab dia..hampeh..
 Tu belum lagi bab orang yang tek reti ikut peraturan..sakit hati tul aku ngan orang cenggini..kalu sesorang jek dapat sakit takpelaa..ni orang lain gak terima kesan..
 Hah 1 lagi..kalau road tax dah mati cepat2 g renew..nanti kalau ada apa2 berlaku atas jalan..kita leh saman orang yang wat salah kat kita..kalau road tax ko mati..kalau kete ke moto ko kemek ke  rosak ke konpem insuran tak mo tanggung tau..kalau p report polis pun polis buat tak layan silap haribulan dia bagi padan muka je kat ko dan ko kene saman RM300. report memang dia ambik tapi pempaham jelaakan..nanti kita jek bertambah sakit hati..orang salah lepas jek gitu..

Tuesday, 26 April 2011

PN. AMY..PN. AZIE. PN Maziati..CIK Eeeeee..CIK cKIN cHONG

 Eloppp kengkawan smua..tengah wat per tuuu...Laju jek menaip..kang Kak Limah lalu..tak takut kerrrrr

AJAR ANAK GOSOK GIGI

  Susahnya nak mengajar anak gosok gg...bila sebatang gg nafiesah tumbuh..sakitnye kepala memikir cara nak gosok gg dia..baru je nak gosok mengamuknye cam kita pukul dialaa pula..nak harapkan lakiku lagile dimarahnye kita..katanye biar jelaa gg susu tak payahle risau sangat nanti tumbuh gg kekal jagalaa betul2..aku ni jenis payah ckit nak puas hati ngan ayat2 macamtu..jadi akan ku usahakan juga sampai berjaya..
  Cubaan pertamaku...aku guna kain napkin..gosok gg dia masa dia tido..aku gosok guna napkin sampai gg ke dua dan ke tiga tumbuh.sesambil tu aku blikan berus gg yang siap ada bunyi loceng dan ubat gg perasa buah-buahan akan tetapi tetap takmo gosok gg .aku beli lagi berus gg kecik lawa ckit dari yang loceng..sama gak takmo gosok gg..tiba-tiba 1 hari aku tengok gg dia cam kuning pelik..rupa2nya gg depan dah start rosak sebatang. Aku seacrh internet jumpalaa wipe tooth untuk gg baby..mahal beb..tapi demi anak aku sanggup je..tapi tak ok gak..aku tengokk gg yang ke 2 pun rosak.so aku apa lagi bila dia tengah syok main air masa mandi aku pun gosok gg dia guna berus gg (cara paksa)..melalak-lalakle dia dalam bilik air..lakiku terlebih sanyang anak dimarahnya aku..aku jenis tak makan saman ckit bab2 ni selang 3-4 hari aku gosok lagi..melalak lagi minah kecik tu..aku kene marah lagi...ishh tak le jadi..mungkin berus keras kot aku bli berus gg yang lembut pakai sarung kat jari tu..huh..sama gak..sakit jek ati rasa..cam bazir...
  Huh..tensen je melihat anak aku sengih ngan gg rosak 2 batang kat depan tu..aku search internet..tengok pengalaman orang ajar anak jenis takmo gosok gg cam minah kecik nih..akhirnya aku jumpa 1 cara....he2..masa nak gosok gg tu aku takutkan dia ngan cicak..haiwan yang paling dia geruni..dan fuhhhh berjaya..rasa cam bahagia jek seketika boleh le aku gosok dalam seminggu 2..pastu dia wat hal balik takmo gosok gg..pening balik kepala ni nak pk..last-last aku gosok gg depan dia pastu aku kumur ku luah cam air pancut..cam memainlaa..dia gelak..pastu..aku soh dia wat..tapi sebelum tu aku hulur berus gg..meh umi gosok gg adik nanti adik komo-komo ek (sambil wat ulang tayang camna aku kumur tadi).he2 best2 berjaya.start je hari tu dalam seminggu 2 aku wat teknik tu pastu sekarang bila nampak aku pegang berus gg dengan sendirinya dia menganga mulut..
 Syukur Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya selamatkan gg nafiesah yang rosak tu dari terus rosak dan merebak ke gg lain.

MENU UNTUK NAFIESAH

  Nafiesah susah betul nak makan...jadi tiap-tiap hari aku kene fikir resepi yang berbeza untuk menarik selera dia dan yang pastinya dia suka betul makan udang. Lagi satu setiap menu sarapan, aku kene pk macamana nak kurangkan penggunaan bahan perasa sebab buah hatiku sorang lagi tu tak boleh makan banyak sangat bahan perasa nanti dia pening kepala.Kekadang aku pelbagaikan bahan mentah sebagai bahan perasa contohnya spegeti goreng guna udang + ikan tuna. atau goreng guna ikan tuna + fish ball atau ape ke yang difikirkan sihat . Satu lagi aku kene fikir setiap menu tak boleh ada rasa pedas walaupun diorang ni orang negeri.. Pagi ni aku masak spegeti goreng..berselera betul buah hatiku 2 orang tu makan..So aku nak berkongsile resepiku hari ni...

MENU SARAPAN: Spegeti goreng

2/3 paket spegeti - direbus (cukuplaa untuk makan 5 orang)
8 ekor udang - potong kecik2
1 sk lada hitam - tumbuk halus
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sb sos tiram
kicap secukup rasa
sayur kubis ngan tauge
daun sup
garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Goreng bawang sampai naik bau..masukkan sos tiram, udang,lada hitam, sayur dan air sedikit serta garam..agak2 sayur dah layu masukkan spegeti dan daun sup..gaul sebati dan sedia untuk dihidang..


MENU TENGAH HARI: Ikan merah goreng kicap

1/4 keping ikan merah (perap ngan garam dan kunyit)
1/2 labu bawang besar saiz sederhana - cincang halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
kicap secukup rasa
air secukupnya - agak-agak cukup untuk dia makan dah
sayur kubis ngan tauge..
tomato kecil - hiris kecik2

Cara penyediaan:

Goreng ikan sampai garing.dah masak ketepikan dulu..goreng bawang sampai naik bau..masukkan air dan kicap..kemudian masukkan sayur bila dah nampak cam layu ckit baru masukkan tomato.kemudian tuang ke dalam bekas ikan tadi.sedia untuk dihidang


MENU PETANG: Kentang goreng segera dan biskut coklat

Thursday, 21 April 2011

Menu makanan anak-anak untuk dibekalkan ke rumah pengasuh

  Setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad, aku akan sediakan 3 menu untuk Nafiesah termasuk 4 botol susu SI..Sarapan, makan tengahhari dan petang..untuk sarapan, aku masak banyak jadi abi dan mak mertuaku, bapak mertuaku serta adik iparku bolehle makan skali. Selalunya menu tengahhari Nafiesah akan jadi menu untuk makan malam..so kat ctu kita dah jimat masa .Berikut salah satu resepi yang aku buat dan aku harap sesiapa terbaca resepi aku ni ,manala tahu serba sedikit dapat memberikan idea pada korang untuk membuat bekal anak nanti..Kalau ada resepi yang lain, apa kata kita kongsi bersama..


Menu pada hari jumaat (22 april 2011) - Semalam aku  tak berapa sihat termasukla lakiku dan anakku skali.. tidur awal..maka pagi ni agak kelam-kabut sebab banyak bende nak kene buat nak minta tolong abi tak sampai hati sebab dia demam lagi..so aku kena basuh pinggan, sidai baju, pum susu, gosok baju, bla..bla...blaa tak larat nak menulis.sudahnye ini jek menu yang aku sempat buat.


MENU SARAPAN: Macaroni goreng lada sulah

Bahan2:

Macaroni yang direbus dalam 2 mug
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 ulas bawang merah (dicincang halus)
udang dalam 5 ekor (aku potong kecik2)
1 sb sos tiram
1 sk lada sulah
1 biji telur (goreng hancur - ape ke namenye lupalaa)
segenggam sayur kubis
garam secukup rasa

Cara penyediaan:

 Goreng telur dulu dan angkat.Tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau. Masukkan sos tiram , udang dan goreng sampai udang masak, masukkan lada sulah, sayur dan garam.agak2 sayur dah layu ckit masukkan macaroni dan sedikit air..air agak2 sekadar nak sebatikan macaroni ngan rencah yang kita buat tadi..goreng sampai kering sikit dan masukkan telur tadi..Sedia untuk dihidang. Hidangan ni cukup untuk abi sepinggan dan semangkuk untuk nafiesah..Umie macam biasa diet...


MENU TENGAHHARI: Sup sayur kubis

Bahan2:

Segenggam kubis
2 ekor udang (potong kecik2)
2 Ulas bawang merah
1 paket su'un 30sen
1 1/2 mug air.
Garam secukup rasa
1/2 sk lada sulah

Cara penyediaan:

Masukkan semua bahan kecuali su'un..bila sayur dah nampak cam layu ckit baru masukkan su'un dan tutup api..


 MENU PETANG: Jagung rebus

Bahan2:

5 sb jagung segera
sedikit gula
sedikit garam
air secukupnya

Cara penyediaan:

Masukkan semua.. rebus sampai jagung lembut..



Wednesday, 20 April 2011

Bila ajar anak bertudung???

  Ini just pendapat peribadi dan melalui pengalaman aku sendiri dalam bab-bab tudung ni..Pada pendapat aku kalau nak didik anak pakai tudung biarlaa daripada kecik.Tanam minat dia perlahan-lahan untuk selesa pakai tudung.Lagi pun bende ni WAJIB ke atas smua perempuan kat dunia ni..tapi kalau nak ajar anak jangan sekali-kali memaksa.sebab budak ni kalau dipaksa dimarah dia lagi takmo buat..paling sakit hati takut-takut bila besar nanti depan mata kita jek dia pakai. Minta dijauhkan. Aku dah start ajar anak aku pakai tudung start umurnya 5 bulan. Aku takdelaa memaksa dia pakai sepanjang hari berpeluh-peluh sampai tudung ngan baju boleh diperah-perah..Agak-agak nampak dia dah rimas buka jelaa tudung tu..tengah2 hari buta bila dia dah nampak tak selesa buka jelaa...sama jelaa konsepnyer kalu pakaikan topi kat tengah panas..cuma beza ckit jek yang tu topi tutup separuh, tudung tutup sepenuhnye..dan hasilnya anakku dah suka pakai tudung tanpa perlu disuruh..dia sendiri jadi susah hati kalau kitorang bawa dia g jenjalan tak pakai tudung..tapi tak taula kan besar nanti jadi camna..tapi kita sebagai hamba Allah  usaha yang mana kita rasa yang terbaik selebihnya kita hanya mampu bertawakkal. Kalau anak kita tu bila dah besar panjang tak reti-reti gak nak pakai tudung walaupun sehabis daya kita cuba memanam minat dia bertudung.. tu dah kira dia tanggung sendirilaa dosa..

  Kalau isu ajar anak bertudung ni smua orang bagi pandangan yang berbeza....memang banyak pendapat..contohnye banyak aku dengar orang kata nak ajar anak pakai tudung biar dia dah besar kalau ajar masa skang nanti dah besar nanti takut takmo pakai tudung..paling tak pun pandaile dia sendiri nak pakai ke tidak. Paling tak bleh harap mak bapak langsung tak suruh pun anak dia pakai tudung..sebab mak dia pun sama. tapi yang paling kesian bapaknyelaa menangung dosa anak dah besar panjang tapi tak reti-reti nak pakai tudung..aku ajar anak aku ni pun..orang sekeliling yang susah hati tengok anak aku pakai tudung..kesian katanya..Mak aku ngan mak mertuaku pun sama bebel jek..ku tengok lakiku hati kering jadi aku diamkan je..lama-lama mak aku pula yang terlebih seronok blikan tudung cucunya..mak mertuaku biasa-biasa jek tapi dalam diam aku tahu dia menyokong.tq cayang korang dua.. 

  Sebenarnya kita kene juga pk bagaimana cara terbaik untuk tanam minat anak untuk bertudung kerana Allah dan yang penting bila bertudung mesti kene pula dengan gaya pemakaian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam.Bab garis panduan ni kena tunggu anak aku dah paham dan boleh pklaa..Sebab zaman sekarang bertudung  tapi bajunye macam sarang nangka, bertudung tapi baju cam tak cukup kain..senteng cam nak redah banjir..ramai gak bertudung bila g jenjalan jek..tapi bila jemur baju kat luar ke.keluar duduk2 kat luar umah ke.ada sedara mara lelaki bukan muhrim datang umah ..tudung ntah kemana..bertudung tapi cam biskut..kejap pakai kejap tak..dalam fb letak gambar pakai tundung dengan tengah tak pakai tudung..mungkin sebabnya ramai tak berapa paham atau buat-buat tak paham.. Tepuk dada tanya selera..Nak jalankan perintah Allah memang banyak sangat dugaan..Geng-geng Iblis memang banyak menghasut..akan ada banyak alasan jika tak kuat iman apatah lagi kalau ilmu pun kurang...

Tuesday, 12 April 2011

Susu ooooo Susu

  Bulan ni genap Nafiesah 1 tahun 8 Bulan..aku tengah berusaha keras untuk mencukupkan bekalan susu untuk dia..huhu tangan ni rasanya tak berhenti.. mengepam jek kejenye..asal free je pum.kekadang mata tak larat nak buka tangan sibuk mengepam.Ramai gak bertanya kenapa tak bagi FM..aku jawap mudah jek anak aku takmo minum..memang pun takmo minum kalu minum seteguk dua jek..lagipun aku tak sampai hati dahle aku p keje tinggalkan dia sensorang dok ngan atuk nenek.makan pun Nafiesah bukannye nak sangat...kesian dia..aku kene kuatkan semangat untuk anak aku..untuk pembesaran dan kesihatan dia jugak..Kekadang orang-orang disekitar boleh melunturkan semangat. Sib baik lakiku menyokong seratus peratus..Aku berharap dan sentiasa berdoa agar aku dapat menyusukan anakku sehingga 2 tahun..
 Macam-macam benda gak aku makan aku minum untuk tambah susu..semuanya K.O..aku usaha gak cari jalan macamna nak tambahkan susu..aku cari maklumat dalam ternet..sebenarnya untuk tambahkan susu badan untuk ibu-ibu yang bekerja hanya satu semangat untuk terus berusaha mengepam susu sekerap yang mungkin..sebab bila kita pum susu banyak kali, badan akan bagi signal kat otak untuk terus hasilkan lebih banyak susu..dan apa yang penting usaha dan tawakal.. Satu lagi bab aku kene kuat semangat nak mengganti posa yang bertimbun2 tu sebab aku kene wat banyak stok susu selalunya bila aku posa jek badan kekering, susu pun kering nak menunggu berbuka..Cayoook Ina..kuatkan semangat...
 Sebenarnya ibu bekerja ni terbahagi kepada beberapa jenis sebab tu kebanyakkan yang ada masalah susu merundum ni adalah golongan ibu2 yang mempunyai kerjaya:
  1. Bekerja dan ada banyak masa nak pum - ni kompem takde masalah
  2. Bekerja dan ada banyak masa nak pum tapi malas - ni memang cari masalah
  3. Bekerja dan tak banyak masa untuk pum - kesian
  4. Bekerja dan tak banyak masa untuk pum tapi malas - cari masalah jugak
  5. Bekerja dan opis ada nursery so senang nak p nenen anak- ini kompem takde masalah
  6. Bekerja dan hanya leh pum 3 kali je..itu akulaa tu..he2..macamna pula kalau menyusu untuk 2 orang anak huhu
yang pasti paling kesian untuk ibu2 no. 3..terpaksa curi2 masa yang sesuai nak pum susu tapi itulah pengorbanan seorang ibu untuk anak tercinta

Hari-hari yang membosankan

 Ini catatan pertamaku sebagai penulis blog..kik2..macam tak caya jek..apa aku nak tulis tengah semangat ni..emmm citer pasal opislaa dulu..minggu ni bos aku takde..jadik bila bos takde smua macam takde keje..kebosanan aku dah tahap maximum sampai nak meroyan pun ader keje takde smua dah habis wat..aku tengok orang sebelah sibuk baca blog orang..huhu..aku pun terpk apa kata aku wat juga daripada aku membazir waktu macamtu gak..dapat gak ilmu camna nak wat blog..
 Anakku yang ceredik tu wat perangai..dari bangun kul 5.30 nak menenen jek keje dia sampai kul 7.00 pagi lapa agaknya tulaa semalam takmo makan nasi yang jadi mangsa kelaparan umi ni haaa..kering hilang air..aku ni pepagi nak kene masak..kene pum susu.kene basuh botol susu.kene basuh kain..kene basuh pinggan..kene iron tudung baju..malam semalam ngantuk giler so banyakle bende kene wat pagi ni...penaaaaaatnyeeeee...yang pasti masuk keje jangan lewat..sorile abi..umi tak dapat wat sarapan ari ni..kain pun soh mak mertua sidai..nak wat camna kene kejar masa..kesiannnn...
 Bulan ni opis aku cam tak best giler..smua pakat mencari kesalahan orang.itu tak puas hati ini tak puas hati.ish3 apa nak jadik ngan diorang nih tak habis2.bila kumpul sesama sendiri elokle pula berborak bergelak ketawa.kekadang sedih gak...kenapale leh jadik camni..kalau tak ngutuk tak menagatakan best jek hidup dosa tak berbakul pahala tak berkurang...ni dok ngumpatttt jek keje..terjuih2 mulut..sabo jelaaa...lupa agaknya diorang Allah sentiasa memerhati..ada 2 malaikat sibuk mencatat amal.sebelah kanan buku tak habis lagi tulis tapi sebelah kiri dah buka buku baru..Aku ni bukanle baik sangat dulu pun kaki ngumpat orang gak skang ni bila umur dah bertambah insafle ckit.kekadang pk gak orang ni ngumpat bukan main depan kita pasal orang len..ntah2 kita pun dia ngumpat gak.hish2.sesapa pernah kene ngumpat ngan aku minta maafle bebanyak kekadang kita manusia ni terlampau ikut perasaan macam kita jek betul..atau terasa ngan aku..aku minta memaaflaa bebanyak..hidup kita tak lamaa..ntah hari ni ntah esok...sob2 emo jap
 Opis aku ni bukan setakat ada kengkawan sesama manusia..kengkawan yang lain pun ada...asal takde orang jek..gelap jek ckit..sunyi jek adale menyibukan diri..aku kalau dah kul 5.00 takde orang kat sekitar aku..aku cabut keluar..seram gak..huhu...nak dijadikan cerita kawasan opis aku kira kawasan hospital lamaa..so pempahan jeklaa kalu dah kawasan hospital..kat sini berapa orang guard dah cabut tak pernah aku tengok ada guard yang bertahan sampai berbulan2..kalu ada yang hati kering tu tak sampaile sowang dua..malam senin haritu ada sowang pak guard terkencing2 lari lintang pukang sebab jumpa budak kecik..sapa soh ko p kencing merata kat longkat belakang toiletkan ada..apadaaaa..masa tu guard tengah nak menunaikan hajat tetiba ada orang baling biji rambutan sebaik dia toleh belakang adalaaa hamba allah tu tengah dok gelak sakan kat dia..Mak guard pula terkejut budak bogel tengah main pasir.bila dia tengok budak tu tenung dia balik ngan mata merah...mengeletar bawah meja sampai pagi..huhu..itu baru citer ckit..banyak lagi cite...panjang sangat..tapi yang pasti dia makhluk Allah juga..jangan le takut sangat tapi nak berani sangat pun jangan lee sangat kalau hati tu bila jumpa diaorang ni jadik sebesar syiling sposen..nak wat camna kita memang berkongsi tempat nagn diorang..nak tak nak kene terima jelaa..aku setiap kali masuk opis niat aku nak mencari rezeki..so korang janganle nyibuk nak mengacau aku sebab aku tak hingin pun nak kacau korang..