Hari ni aku sedih sangat aku tak dapat bekalkan langsung susu SI untuk Nafiesah. mesti dia takmo minum susu masa aku p keje hari ni.Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati aku ...tadi aku jumpa 1 FB ni dia boleh dapat hampir 1 jug untuk sebelah B sahaja..memang aku terkejut tengok..kagum sangat2..macammana dia dapat hasilkan susu sebanyak itu untuk sekali pum dan untuk sebelah B sahaja..
Apa yang buat aku sedih bukan sebab susu formula tu tak elok..tapi sebab anak aku tak mo minum susu tu..dahlaa kecik lagi..aku ingatkan masalah aku hari tu dah selesai..rupa2nya kejap jek dia nak..selang beberapa hari dah tak mo. Bukan aku tak berusaha macam2 susu formula aku bagi macamtu jugak..Selalunya masa aku keje bila dia nak menyusu dia akan ke peti ais tunjuk warmer kat atas peti..sambil cakap kat Wan nak nenen..tapi bila dia nampak wan bancuh susu..berlari dia keluar kat atuk..tetiba cakap.. wan dik nyang...anak nenen (tak nak nenen sebab dah kenyang). Bila aku balik keje macam budak kelaparan..aku tak sempat masuk umah minta nenen.lambat je sikit mengamukle dia..hati ibu mana tak sedih kekadang terpk nak berenti keje..tapi buat masa ni aku kene tolong lakiku mencari rezeki...
Masa cuti sabtu ahad aku susah nak pum susu sebab nafiesah selang 2 jam nak menyusu..mana sempat aku nak kumpul stok..nak pum sebelah masa menyusu macam kesian pula takut dia tak cukup...nampaknya aku kene pk kan cara lain untuk tambahkan susu aku...
No comments:
Post a Comment