Tuesday, 12 April 2011

Susu ooooo Susu

  Bulan ni genap Nafiesah 1 tahun 8 Bulan..aku tengah berusaha keras untuk mencukupkan bekalan susu untuk dia..huhu tangan ni rasanya tak berhenti.. mengepam jek kejenye..asal free je pum.kekadang mata tak larat nak buka tangan sibuk mengepam.Ramai gak bertanya kenapa tak bagi FM..aku jawap mudah jek anak aku takmo minum..memang pun takmo minum kalu minum seteguk dua jek..lagipun aku tak sampai hati dahle aku p keje tinggalkan dia sensorang dok ngan atuk nenek.makan pun Nafiesah bukannye nak sangat...kesian dia..aku kene kuatkan semangat untuk anak aku..untuk pembesaran dan kesihatan dia jugak..Kekadang orang-orang disekitar boleh melunturkan semangat. Sib baik lakiku menyokong seratus peratus..Aku berharap dan sentiasa berdoa agar aku dapat menyusukan anakku sehingga 2 tahun..
 Macam-macam benda gak aku makan aku minum untuk tambah susu..semuanya K.O..aku usaha gak cari jalan macamna nak tambahkan susu..aku cari maklumat dalam ternet..sebenarnya untuk tambahkan susu badan untuk ibu-ibu yang bekerja hanya satu semangat untuk terus berusaha mengepam susu sekerap yang mungkin..sebab bila kita pum susu banyak kali, badan akan bagi signal kat otak untuk terus hasilkan lebih banyak susu..dan apa yang penting usaha dan tawakal.. Satu lagi bab aku kene kuat semangat nak mengganti posa yang bertimbun2 tu sebab aku kene wat banyak stok susu selalunya bila aku posa jek badan kekering, susu pun kering nak menunggu berbuka..Cayoook Ina..kuatkan semangat...
 Sebenarnya ibu bekerja ni terbahagi kepada beberapa jenis sebab tu kebanyakkan yang ada masalah susu merundum ni adalah golongan ibu2 yang mempunyai kerjaya:
  1. Bekerja dan ada banyak masa nak pum - ni kompem takde masalah
  2. Bekerja dan ada banyak masa nak pum tapi malas - ni memang cari masalah
  3. Bekerja dan tak banyak masa untuk pum - kesian
  4. Bekerja dan tak banyak masa untuk pum tapi malas - cari masalah jugak
  5. Bekerja dan opis ada nursery so senang nak p nenen anak- ini kompem takde masalah
  6. Bekerja dan hanya leh pum 3 kali je..itu akulaa tu..he2..macamna pula kalau menyusu untuk 2 orang anak huhu
yang pasti paling kesian untuk ibu2 no. 3..terpaksa curi2 masa yang sesuai nak pum susu tapi itulah pengorbanan seorang ibu untuk anak tercinta

No comments:

Post a Comment