Ini just pendapat peribadi dan melalui pengalaman aku sendiri dalam bab-bab tudung ni..Pada pendapat aku kalau nak didik anak pakai tudung biarlaa daripada kecik.Tanam minat dia perlahan-lahan untuk selesa pakai tudung.Lagi pun bende ni WAJIB ke atas smua perempuan kat dunia ni..tapi kalau nak ajar anak jangan sekali-kali memaksa.sebab budak ni kalau dipaksa dimarah dia lagi takmo buat..paling sakit hati takut-takut bila besar nanti depan mata kita jek dia pakai. Minta dijauhkan. Aku dah start ajar anak aku pakai tudung start umurnya 5 bulan. Aku takdelaa memaksa dia pakai sepanjang hari berpeluh-peluh sampai tudung ngan baju boleh diperah-perah..Agak-agak nampak dia dah rimas buka jelaa tudung tu..tengah2 hari buta bila dia dah nampak tak selesa buka jelaa...sama jelaa konsepnyer kalu pakaikan topi kat tengah panas..cuma beza ckit jek yang tu topi tutup separuh, tudung tutup sepenuhnye..dan hasilnya anakku dah suka pakai tudung tanpa perlu disuruh..dia sendiri jadi susah hati kalau kitorang bawa dia g jenjalan tak pakai tudung..tapi tak taula kan besar nanti jadi camna..tapi kita sebagai hamba Allah usaha yang mana kita rasa yang terbaik selebihnya kita hanya mampu bertawakkal. Kalau anak kita tu bila dah besar panjang tak reti-reti gak nak pakai tudung walaupun sehabis daya kita cuba memanam minat dia bertudung.. tu dah kira dia tanggung sendirilaa dosa..
Kalau isu ajar anak bertudung ni smua orang bagi pandangan yang berbeza....memang banyak pendapat..contohnye banyak aku dengar orang kata nak ajar anak pakai tudung biar dia dah besar kalau ajar masa skang nanti dah besar nanti takut takmo pakai tudung..paling tak pun pandaile dia sendiri nak pakai ke tidak. Paling tak bleh harap mak bapak langsung tak suruh pun anak dia pakai tudung..sebab mak dia pun sama. tapi yang paling kesian bapaknyelaa menangung dosa anak dah besar panjang tapi tak reti-reti nak pakai tudung..aku ajar anak aku ni pun..orang sekeliling yang susah hati tengok anak aku pakai tudung..kesian katanya..Mak aku ngan mak mertuaku pun sama bebel jek..ku tengok lakiku hati kering jadi aku diamkan je..lama-lama mak aku pula yang terlebih seronok blikan tudung cucunya..mak mertuaku biasa-biasa jek tapi dalam diam aku tahu dia menyokong.tq cayang korang dua..
Sebenarnya kita kene juga pk bagaimana cara terbaik untuk tanam minat anak untuk bertudung kerana Allah dan yang penting bila bertudung mesti kene pula dengan gaya pemakaian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam.Bab garis panduan ni kena tunggu anak aku dah paham dan boleh pklaa..Sebab zaman sekarang bertudung tapi bajunye macam sarang nangka, bertudung tapi baju cam tak cukup kain..senteng cam nak redah banjir..ramai gak bertudung bila g jenjalan jek..tapi bila jemur baju kat luar ke.keluar duduk2 kat luar umah ke.ada sedara mara lelaki bukan muhrim datang umah ..tudung ntah kemana..bertudung tapi cam biskut..kejap pakai kejap tak..dalam fb letak gambar pakai tundung dengan tengah tak pakai tudung..mungkin sebabnya ramai tak berapa paham atau buat-buat tak paham.. Tepuk dada tanya selera..Nak jalankan perintah Allah memang banyak sangat dugaan..Geng-geng Iblis memang banyak menghasut..akan ada banyak alasan jika tak kuat iman apatah lagi kalau ilmu pun kurang...


No comments:
Post a Comment