Disebabkan aku jenis yang selalu kesuntukan masa di pagi hari..aku selalu memikirkan cara nak memasak sesambil menjimatkan masa..resepi ni adalah salah satunya iaitu sup ayam dan bihun sup..itu menu untuk makan petang dan tengahhari..menu pagi aku buat jemput-jemput kentang je..
Menu pagi:
Bahan2:
2 biji Kentang potong kecik2
Udang
sayur campur @ jagung
santan (kalau ada)
garam
cili giling
bawang merah dan putih
air panas sikit
Cara2:
Masukkan semua bahan dan goreng..senang jek
Menu tengahhari dan petang
Bahan2:
Ayam
serai
kentang
daun sup
asam keping
halia
bawang merah
bawang putih
sup bunjut
Air secukup
Cara2:
Masukkan semuanya..sampai ayam empuk dan rasa sebati..boleh juga tumis dulu bawang ngan halia..tapi sebab cara tu tak berapa sihat untuk kanak-kanak..
Sup makan dengan nasi untuk tengah hari
Sup makan dengan bihun (celur siap2) untuk makan petang
malam minum vico cicah biskut kering..jadilaa tu
Jimat masa
No comments:
Post a Comment