Setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad, aku akan sediakan 3 menu untuk Nafiesah termasuk 4 botol susu SI..Sarapan, makan tengahhari dan petang..untuk sarapan, aku masak banyak jadi abi dan mak mertuaku, bapak mertuaku serta adik iparku bolehle makan skali. Selalunya menu tengahhari Nafiesah akan jadi menu untuk makan malam..so kat ctu kita dah jimat masa .Berikut salah satu resepi yang aku buat dan aku harap sesiapa terbaca resepi aku ni ,manala tahu serba sedikit dapat memberikan idea pada korang untuk membuat bekal anak nanti..Kalau ada resepi yang lain, apa kata kita kongsi bersama..Menu pada hari jumaat (22 april 2011) - Semalam aku tak berapa sihat termasukla lakiku dan anakku skali.. tidur awal..maka pagi ni agak kelam-kabut sebab banyak bende nak kene buat nak minta tolong abi tak sampai hati sebab dia demam lagi..so aku kena basuh pinggan, sidai baju, pum susu, gosok baju, bla..bla...blaa tak larat nak menulis.sudahnye ini jek menu yang aku sempat buat.
MENU SARAPAN: Macaroni goreng lada sulah
Bahan2:
Macaroni yang direbus dalam 2 mug
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 ulas bawang merah (dicincang halus)
udang dalam 5 ekor (aku potong kecik2)
1 sb sos tiram
1 sk lada sulah
1 biji telur (goreng hancur - ape ke namenye lupalaa)
segenggam sayur kubis
garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Goreng telur dulu dan angkat.Tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau. Masukkan sos tiram , udang dan goreng sampai udang masak, masukkan lada sulah, sayur dan garam.agak2 sayur dah layu ckit masukkan macaroni dan sedikit air..air agak2 sekadar nak sebatikan macaroni ngan rencah yang kita buat tadi..goreng sampai kering sikit dan masukkan telur tadi..Sedia untuk dihidang. Hidangan ni cukup untuk abi sepinggan dan semangkuk untuk nafiesah..Umie macam biasa diet...
MENU TENGAHHARI: Sup sayur kubis
Bahan2:
Segenggam kubis
2 ekor udang (potong kecik2)
2 Ulas bawang merah
1 paket su'un 30sen
1 1/2 mug air.
Garam secukup rasa
1/2 sk lada sulah
Cara penyediaan:
Masukkan semua bahan kecuali su'un..bila sayur dah nampak cam layu ckit baru masukkan su'un dan tutup api..
MENU PETANG: Jagung rebus
Bahan2:
5 sb jagung segera
sedikit gula
sedikit garam
air secukupnya
Cara penyediaan:
Masukkan semua.. rebus sampai jagung lembut..
No comments:
Post a Comment